ad
AGENSI

Pesta Buku Antarabangsa Selangor bermula 1 Dis, saji pelbagai acara menarik

21 Nov 2022, 8:24 AM
Pesta Buku Antarabangsa Selangor bermula 1 Dis, saji pelbagai acara menarik
Pesta Buku Antarabangsa Selangor bermula 1 Dis, saji pelbagai acara menarik

SHAH ALAM, 21 NOV: Orang ramai dijemput memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen MBSA di sini mulai 1 hingga 11 Disember depan.

Pesta anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu bermula 10 pagi hingga 10 malam menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

"Acara diadakan antaranya Selangor International Fellowship Programme (SIFP), Yusof Gajah Illustrators Award (YGIA) dan Selangor International Children Content (SICC)," katanya menerusi kenyataan.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menjadi salah seorang daripada sembilan pemenang cabutan bertuah wang tunai RM500 setiap hari.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.