ad
AGENSI

Infrasel turap jalan dalam tempoh 24 jam selepas terima aduan

21 Nov 2022, 6:09 AM
Infrasel turap jalan dalam tempoh 24 jam selepas terima aduan
Infrasel turap jalan dalam tempoh 24 jam selepas terima aduan

SHAH ALAM, 21 NOV:  Syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) membaik pulih dua lagi jalan di daerah Petaling dan Sabak Bernam pada minggu lepas.

Agensi itu memaklumkan Jalan Padang Jawa di Petaling dan Jalan PT 1 Bagan Terap, Panchang Bedena di Sabak Bernam diturap dalam tempoh 24 jam selepas menerima aduan orang awam menerusi Twitter.

Menurut Infrasel, Jalan Padang Jawa diturap 17 November lalu manakala Jalan PT 1 Bagan Terap  pada 14 November.

Agensi itu meminta orang ramai terus membuat aduan dengan memuat naik ciapan di Twitter bersama tanda pagar #infrasel #namajalan #daerah jika berlakunya kerosakan jalan.

Awal November lalu, Infrasel membaik pulih Jalan Merbau Sempak, Shah Alam dan turut melaksanakan kerja mencantas pokok atas dasar keselamatan selain kerja berkaitan di Jalan Paya Jaras Kubu Gajah Merbau Sempak di daerah Petaling.

Malah, sepanjang  Oktober, beberapa jalan negeri dibaiki sebaik mendapat aduan antaranya Jalan Raja Musa, Kampung Jalan Lama Panchang Bedena, Sungai Besar, Sabak Bernam, Jalan Mikon, Olak Lempit, Kuala Langat, Jalan Sungai Pusu, Gombak dan Jalan Sungai Tekali, Hulu Langat.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti mereka menerusi Twitter.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan proses pelaporan kerosakan jalan di Selangor dipermudahkan dengan aduan di platform berkenaan sebelum ditapis dan disemak secara automatik.

[caption id="attachment_551111" align="aligncenter" width="500"] Syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) membaik pulih Jalan Padang Jawa di daerah Petaling pada 17 November 2022. Foto Facebook Infrasel[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.