ad
AGENDA

Selangor antara lima negeri rekod paras air tahap bahaya

17 Nov 2022, 3:51 PM
Selangor antara lima negeri rekod paras air tahap bahaya

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Sebanyak lapan stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membabitkan Selangor, Sarawak, Pahang, Johor dan Melaka menunjukkan paras air berada pada tahap bahaya setakat pukul 8 malam tadi.

JPS dalam kenyataan malam ini memaklumkan di Selangor melibatkan stesen Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor dan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat.

Di Sarawak pula ialah stesen Long Teru dan Marudi di Miri manakala di Pahang melibatkan stesen Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera.

Stesen Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat di Johor; Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah dan Sungai Melaka di Batu Hampar Melaka Tengah di Melaka turut mencatatkan paras air pada tahap bahaya.

Sementara itu, di Negeri Sembilan empat stesennya berstatus amaran melibatkan stesen Sungai Linggi di Pekan Linggi, Port Dickson; Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol; Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau dan Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.