ad
AGENDA

Ibu bapa perlu pastikan anak muda keluar mengundi Sabtu ini

17 Nov 2022, 2:00 PM
Ibu bapa perlu pastikan anak muda keluar mengundi Sabtu ini
Ibu bapa perlu pastikan anak muda keluar mengundi Sabtu ini
Ibu bapa perlu pastikan anak muda keluar mengundi Sabtu ini

KUALA LANGAT, 17 NOV: Ibu bapa berperanan memastikan anak-anak menjalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 19 November.

Pesara kerajaan Md Shah Salamat, 69, berkata penglibatan mereka khususnya golongan muda dapat membantu Malaysia ditadbir pemimpin berintegriti sekali gus memajukan negara.

[caption id="attachment_550255" align="alignright" width="258"] Md Shah Salamat[/caption]

"Bagi orang tua mungkin tidak beri dampak sangat tetapi tidak pada anak-anak muda kerana masa depan dan perjuangan mereka masih lagi panjang," katanya ketika ditemui.

"Oleh demikian, ibu bapa perlu memainkan peranan memastikan anak-anak keluar mengundi. Beri peluang kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) membuktikan mereka layak memerintah."

Sementara itu, suri rumah Haslina Mat Said, 43, akan memastikan anak sulungnya yang berusia 21 tahun dan menuntut di Politeknik Sabak Bernam keluar mengundi.

"Saya akan mengambilnya untuk memastikan dia mengundi nanti. Anak-anak perlu diberi pendedahan tentang kepentingan mengundi kerana jika tidak ia akan beri kesan kepada negara.

[caption id="attachment_550256" align="alignleft" width="231"] Haslina Mat Said[/caption]

"Selain memastikan keluar mengundi, mereka juga perlu diingatkan supaya melakukan dengan cara yang betul kerana merupakan pengundi pertama dan mengelak undi rosak," katanya.

Mengikut statistik terbaharu Pejabat Pilihan Raya Selangor, seramai 3,677,848 pemilih layak mengundi dalam PRU15 kali ini berbanding 2,415,074 pada 2018.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.