ad
AGENDA

Anwar: Peluang rakyat selamatkan negara, jadikan Malaysia kembali gemilang

17 Nov 2022, 11:12 AM
Anwar: Peluang rakyat selamatkan negara, jadikan Malaysia kembali gemilang

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 17 NOV: Rakyat harus memanfaatkan peluang untuk menyelamatkan tanah air dan melakar masa depan seterusnya mengembalikan kegemilangan negara.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gabungan itu menawarkan formula kestabilan kerajaan menerusi pelaksanaan dasar dan membuat perubahan menyeluruh untuk memulihkan negara.

"Malaysia pernah menjadi tatanan contoh dan harapan kepada dunia tatkala kemajmukan menjadi elemen yang mengikat persaudaraan antara kaum di negara ini.

"Ada suatu masa kita pernah berbangga dengan sisi ekonomi yang dinamik dan berencam, sekolah dan sistem pendidikan yang unggul serta masyarakat yang mesra dan peramah.

"Pilihan raya ini merupakan peluang terbaik untuk menyelamatkan negara dan melakukan perubahan yang menyeluruh untuk memulihkan negara kita tercinta," katanya dalam perutusan khas di Facebook petang ini.

Anwar berkata rakyat pada masa ini memerlukan sistem ekonomi yang membela nasib semua dan pimpinan HARAPAN telah membuktikan kejujuran dan integriti mereka.

"Sebuah kerajaan itu akan menjadi stabil jika pemimpinnya punyai akhlak, menolak rasuah dan menjunjung kedaulatan undang-undang," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.