KUALA SELANGOR, 17 NOV: Tempoh berkempen yang berbaki dua hari dimanfaatkan sepenuhnya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagi mendekati seramai mungkin penduduk.
Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kuala Selangor berkata setakat ini hampir keseluruhan kawasan sudah disantuni dengan tumpuan terhadap pengundi asas dan belia.
"Seminggu pertama kita tumpu lokaliti, pusat daerah mengundi untuk pastikan pelan perang berjaya berdasarkan keputusan pilihan raya lalu.
“Minggu ini kita dekati generasi muda terutama yang akan mengundi buat pertama kali. Saya juga beri tumpuan kepada pengundi asas supaya mereka kekal menyokong,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dr Dzulkefly yang juga bekas menteri kesihatan bakal ditentang Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dari Barisan Nasional, Mohd Noor Mohd Sahar dari Perikatan Nasional dan Mohd Shaid Rosli (Pejuang).
[caption id="attachment_548068" align="aligncenter" width="712"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad beramah mesra dengan peniaga sekitar pekan Ijok selain mendengar masalah dihadapi mereka pada 7 November 2022. Foto Facebook Dr Dzul 4 Kuala Selangor[/caption]