ad
AGENDA

Anwar gesa pilih pemimpin jujur, boleh selesai isu rakyat

16 Nov 2022, 1:01 PM
Anwar gesa pilih pemimpin jujur, boleh selesai isu rakyat

KLANG, 16 NOV: Rakyat perlu memilih pemimpin yang jujur dan bebas rasuah bagi menstabilkan semula ekonomi dan memastikan negara terus maju, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu, pemimpin yang dipilih rakyat bertanggungjawab menentukan keadaan semasa khususnya harga barang dan kos sara hidup.

"Berapa banyak kita tukar perdana menteri sehingga ada yang khianat tetapi pendapatan rakyat tidak naik, bahkan harga barang meningkat. Apa erti pimpinan kalau masalah ekonomi rakyat tidak selesai?

"Mereka tidak bincang atau bawa Malaysia sebagai kuasa ekonomi. Apa erti bersih jika rakyat terus hidup susah, Covid-19, tiada kerja, gaji tidak naik tetapi harga barang meningkat?" soalnya.

Berucap pada ceramah mega HARAPAN di sini hari ini, Anwar turut mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan tegas terhadap calon yang membawa isu perkauman ketika berkempen.

"Kalau diberi peluang menjadi perdana menteri, pendirian saya jelas. Saya akan tolong Melayu, Cina, India, Orang Asli, Sabah dan Sarawak kerana mereka juga lahir di sini serta hidup susah.

"Apa erti jadi pemimpin kalau tidak mahu bantu. Kita perlu bantu semua kaum yang miskin," katanya, yang juga calon HARAPAN Parlimen Tambun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.