ad
AGENDA

Calon HARAPAN terus bersemangat temui pengundi walau cedera terlibat kemalangan

16 Nov 2022, 8:51 AM
Calon HARAPAN terus bersemangat temui pengundi walau cedera terlibat kemalangan

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SEPANG, 16 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang tetap bersemangat meneruskan kempen menyantuni pengundi serta jentera daerah walaupun ditimpa kemalangan kecil ketika sesi 'walkabout', semalam.

Aiman Athirah Sabu mengalami bengkak kaki kiri selepas kakinya digilis tayar sebuah kereta di Pasar Malam Olak Lempit di sini.

“Laluan itu bukan untuk kenderaan tetapi ada peniaga terlambat dan dia terpaksa memandu masuk ke tapak niaga. Saya tahu pemandu itu tidak sengaja dan nampak panik bila terlanggar saya.

“Memang pada mulanya saya tidak boleh bangun tetapi cuba juga perlahan-lahan," katanya ketika ditemui selepas sesi ramah mesra Hit and Run di Kampung Tanjung Sepat hari ini.

Menurutnya, beliau tidak pergi ke klinik berikutan keadaan kakinya tidak mengalami kecederaan teruk.

“Setakat ini masih belum ke klinik memandangkan saya ada sedikit pengetahuan mengenai rawatan kecemasan jadi tahu tidak retak atau patah dan boleh teruskan jadual kempen seperti biasa,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Aiman Athirah yang juga ketua wanita HARAPAN disaingi bekas Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Rina Harun (Perikatan Nasional) dan Anuar Basiran (Barisan Nasional) dalam saingan lapan penjuru.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.