ad
AGENDA

HARAPAN Sungai Buloh sediakan kereta bawa penduduk keluar mengundi

16 Nov 2022, 7:31 AM
HARAPAN Sungai Buloh sediakan kereta bawa penduduk keluar mengundi
HARAPAN Sungai Buloh sediakan kereta bawa penduduk keluar mengundi

PETALING, 17 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) Sungai Buloh menyediakan lebih 100 kereta bagi membawa penduduk di kawasan itu keluar mengundi pada 19 November.

Calon gabungan itu Datuk R Ramanan berkata keutamaan diberikan kepada warga emas dan orang kelainan upaya membabitkan 28 daerah mengundi dalam kawasan itu.

"Setiap tempat akan disediakan empat kereta bagi memudahkan masyarakat termasuk yang tiada kenderaan. Jentera perlu memastikan kesenangan pengundi dan kawal situasi dengan betul,” katanya.

[caption id="attachment_547886" align="aligncenter" width="728"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Buloh R Ramanan ditemani Ahli Dewan Negeri Kota Damansara Shatiri Mansor menyantuni penduduk Kampung Melayu Subang selepas penamaan calon pada 5 November 2022. Foto Facebook Ramanan Ramakrishnan DR[/caption]

Beliau yang ditemui di sini hari ini turut mengingatkan penduduk supaya menyediakan payung dan baju hujan bagi memudahkan urusan mereka pada hari pengundian.

“Saya yakin pengundi HARAPAN tetap keluar menjalankan tanggungjawab walaupun hujan,” katanya.

Kelmarin, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di kawasan parlimen Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kapar, Klang dan Kuala Langat.

Jabatan itu turut meramalkan cuaca mendung di Sungai Besar, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Shah Alam dan Kota Raja. Di kawasan lain dijangka tiada hujan di sebelah pagi.

Bagaimanapun, pada sebelah petang semua kawasan termasuk Selayang, Gombak, Ampang, Pandan, Hulu Langat, Bangi, Puchong, Subang, Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Sepang mengalami ribut petir.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.