ad
AGENDA

Takiyuddin: PN mahu gabung dengan BN bentuk kerajaan selepas PRU

15 Nov 2022, 4:03 AM
Takiyuddin: PN mahu gabung dengan BN bentuk kerajaan selepas PRU

SHAH ALAM, 15 NOV: Perikatan Nasional (PN) berhasrat bergabung dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata BN sudah maklum perkara berkenaan dan dijangka menerima penggabungan itu, lapor Berita Harian.

"Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini namun saya yakin BN akan terima.

"Perbincangan dulu sudah ada, namun ketika kita tidak bersama pun kita ada maklum mungkin kita boleh bersama selepas PRU15," katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir program Ceramah Perdana PRU15 di Kampung Kubang Kiat.

PN dan BN membentuk kerajaan campuran sejak Februari 2020 walau kedua-dua gabungan ini saling bersaing dalam pilihan raya atas tiket masing-masing.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.