ad
AGENDA

Program santai cara Dr Sathia 'curi' hati anak muda

14 Nov 2022, 6:30 AM
Program santai cara Dr Sathia 'curi' hati anak muda
Program santai cara Dr Sathia 'curi' hati anak muda

Oleh Diana Abd Wahab

HULU SELANGOR, 13 NOV:  Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan memanfaatkan peluang mendekati pengundi muda menerusi program yang dekat dengan jiwa golongan itu.

Pengamal perubatan itu berkata berkempen dengan cara santai antara pendekatan untuk mewujudkan kesedaran golongan terbabit supaya keluar mengundi pada 19 November nanti.

"Program membabitkan belia memberi ruang saya mendengar pandangan dan luahan hati selain berkongsi rancangan khusus untuk mereka sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum-15 (PRU15).

"Saya mengambil peluang menekankan misi dan visi khusus untuk menangani isu pekerjaan, sosial, pendidikan, kesihatan dan kewangan membabitkan golongan berkenaan ketika berkempen," katanya.

Sepanjang tempoh berkempen, Dr Sathia memaklumkan menghadiri pelbagai program melibatkan anak muda antaranya konvoi bermotosikal, pertandingan bola keranjang, konvoi dan zumba.

[caption id="attachment_549452" align="aligncenter" width="500"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan merasmikan pelepasan konvoi bermotosikal Anak Muda Kalumpang ke Port Dickson di Dataran Pasar Malam Kalumpang pada 12 November 2022. Foto DIANA ABD WAHAB/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.