ad
AGENDA

Henti sentimen perkauman, tiga negeri HARAPAN terap politik matang

14 Nov 2022, 5:30 AM
Henti sentimen perkauman, tiga negeri HARAPAN terap politik matang
Henti sentimen perkauman, tiga negeri HARAPAN terap politik matang

HULU LANGAT, 14 NOV: Tiga negeri yang dipimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) sudah lama menerapkan budaya politik matang dalam pentadbiran, kata calon gabungan itu di Parlimen Hulu Langat.

Mohd Sany Hamzan yang juga pengarah Biro Mobilisasi Amanah Nasional (AMANAH) turut menyelar tindakan pemimpin politik yang sering menyerang DAP dan memainkan sentimen perkauman.

“Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan elok sahaja bersama DAP. Di Selangor sendiri sudah berapa lama kita bentuk kerajaan bersama DAP. Tiga EXCO Selangor dari DAP duduk bersama dalam Kerajaan Negeri dan memutuskan banyak dasar.

[caption id="attachment_549442" align="aligncenter" width="712"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan beramah mesra dengan orang ramai ketika berkempen di Bukit Mahkota, Kajang pada 13 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Tidak pernah dasar itu membuatkan mana-mana kaum ‘tersentuh’ hati. Negara kita sudah 65 tahun merdeka. Patut kita bawa politik matang, sejahtera dan berintegriti. Malu pada anak-anak muda,” katanya.

Bercakap pada kempen di Bandar Bukit Mahkota semalam, Mohd Sany yang juga Ahli Dewan Negeri Templer kesal budaya fitnah berlaku dalam kalangan pemimpin yang membawa imej Islam.

“Sepatutnya dengan menggunakan imej dan gelaran berkenaan, berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Kita makin maju patutnya dalam berpolitik. Budaya politik kena berkembang bukan menguncup. Ini amat mendukacitakan,” katanya.

Sebelum ini, pesuruhjaya Pas Perak melemparkan tuduhan DAP berkait dengan komunis selain mendakwa Pengerusi HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya akan menyerahkan kuasa kepada DAP.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.