ad
AGENDA

Calon Sungai Buloh dengar luahan pesakit, tekad juangkan isu kesihatan

14 Nov 2022, 4:57 AM
Calon Sungai Buloh dengar luahan pesakit, tekad juangkan isu kesihatan

PETALING JAYA, 14 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Buloh meluangkan masa mendengar luahan hati 10 pesakit termasuk individu terlantar di kawasan itu.

Datuk R Ramanan memanfaatkan program Ziarah Kasih bagi menyelami masalah dan keperluan yang diperlukan golongan itu dalam meneruskan hidup.

“Tahap kesihatan mereka agak teruk. Ada yang perlukan rawatan dialisis, ada yang strok. Ada juga yang tidak terurus dalam aspek penjagaan kerana kekangan ahli keluarga bekerja.

“Ahli Dewan Negeri Kota Damansara yang turut serta ambil maklum keadaan ini dan kita usaha bantu mereka terutama urusan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya.

Mengulas lanjut, Ramanan tekad memperjuangkan isu kesihatan di Dewan Rakyat jika beliau diberi mandat pada pilihan raya umum ke-15.

“Isu ini penting dan sangat besar. Hari ini saya nampak pesakit yang tak terurus malah ada yang tidak bertukar lampin pakai buang.

“Jadi jika dipilih, mendapat mandat rakyat saya mahu perjuangkan isu kesihatan kerana teras kehidupan semua,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.