ad
PBT

Hadapi PRU15, mangsa banjir Johan Setia dipindah ke masjid

14 Nov 2022, 3:41 AM
Hadapi PRU15, mangsa banjir Johan Setia dipindah ke masjid

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 14 NOV: Seramai 36 mangsa banjir daripada enam keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia dipindahkan pagi tadi.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi Facebook memaklumkan kesemua mangsa kini ditempatkan di PPS dewan Masjid Kampung Johan Setia.

PPS SK Johan Setia yang dibuka sejak 10 November lalu ditutup sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-15 Sabtu ini.

"MPK telah melakukan tugas mengemas dan membuat pemindahan barang-barang keperluan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.