ad
AGENDA

Calon HARAPAN amal politik harmoni tembus kubu kuat lawan

13 Nov 2022, 12:30 AM
Calon HARAPAN amal politik harmoni tembus kubu kuat lawan

SUNGAI BESAR, 13 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) mengamalkan kempen politik harmoni dengan menjelaskan tawaran kepada pengundi dan tidak menyerang peribadi lawan.

Calon gabungan itu di Parlimen Sungai Besar berkata pendekatan tersebut memudahkan dirinya menembusi kawasan kubu kuat parti lawan dan mendekati penduduk setempat.

"Setakat ini penerimaan sangat baik. Sebelum ini (beberapa kawasan) tidak dapat ditembusi HARAPAN tetapi kali ini boleh masuk, malahan kita bersarapan bersama.

"Saya ke rumah mereka untuk menyantuni dan selesaikan isu dihadapi secepat mungkin selain menyampaikan hasrat untuk program wanita dan belia," kata Saipolyazan Mat Yusop ditemui semalam.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa menziarah dan menghulurkan sumbangan kepada orang kelainan upaya dan warga emas di Parit 6 hingga Parit Timur dan Parit 2 hingga Parit 5, Sungai Panjang di sini.

Bekas ketua pegawai eksekutif Lembaga Zakat Selangor itu mencabar Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos (Barisan Nasional) dalam saingan empat penjuru pada pilihan raya kali ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.