ad
AGENDA

Kempen calon seimbang, tidak hanya tumpu kubu kuat

12 Nov 2022, 9:58 AM
Kempen calon seimbang, tidak hanya tumpu kubu kuat

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KUALA LANGAT, 12 NOV: Kempen calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kuala Langat tidak hanya tertumpu di kubu kuat gabungan itu, sebaliknya ia seimbang dan menyeluruh.

Manivanan Gowin berkata kira-kira 60 peratus kawasan Parlimen itu sudah dilawati melalui pelbagai program termasuk jelajah dan sesi ramah mesra, ziarah kasih serta ceramah.

“Kita imbangi kawasan yang ada pengaruh dan tiada pengaruh setiap hari. Saya berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk setempat semuanya menunjukkan semangat luar biasa.

"Semangat mereka pula yang menjadi suntikan semangat saya untuk bekerja keras,” katanya ditemui selepas program ziarah prihatin di Taman Seri Bayu dan Kampung Tali Air hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan gelombang penerimaan rakyat terhadap gabungan tersebut semakin baik sepanjang tempoh lapan hari berkempen.

Manivanan melawan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (Perikatan Nasional) dalam saingan enam penjuru pada pilihan raya umum ke-15.

 

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.