ad
AGENDA

Sedia latihan bantu produk IKS Sungai Besar tembusi pasaran luar

12 Nov 2022, 6:24 AM
Sedia latihan bantu produk IKS Sungai Besar tembusi pasaran luar

SUNGAI BESAR, 12 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Sungai Besar berhasrat menyediakan program latihan kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk memajukan produk mereka.

Menurut Saipolyazan Mat Yusop, perkara tersebut dibincangkan bersama EXCO Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni untuk membantu produk tempatan menembusi pasaran luar.

"Kita akan beri latihan supaya mereka dapat majukan produk ikut piawaian. Ia bagi memastikan produk Sungai Besar dipasarkan bukan sahaja dalam negara malah ke luar negara," katanya.

Beliau yang ditemui di Parit 2, Sungai Panjang di sini semalam menambah produk IKS di kawasan itu menjadi pilihan pelancong yang turut menyumbang kepada ekonomi setempat.

Dalam kempennya, Saipolyazan turut berhasrat meningkatkan kemahiran belia dalam pelbagai bidang untuk memenuhi peluang pekerjaan termasuk perternakan dan pertanian moden.

Bekas ketua pegawai eksekutif Lembaga Zakat Selangor itu berdepan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos (Barisan Nasional) dalam saingan empat penjuru pada pilihan raya kali ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.