ad
AGENDA

Calon HARAPAN Hulu Selangor mahu perjuang isu kesihatan percuma

11 Nov 2022, 9:42 AM
Calon HARAPAN Hulu Selangor mahu perjuang isu kesihatan percuma

OLEH DIANA ABD WAHAB

HULU SELANGOR, 11 NOV: Menaik taraf dan memberi perkhidmatan kesihatan percuma antara misi diperjuangkan Pakatan Harapan (HARAPAN) Hulu Selangor jika menang kerusi berkenaan.

Calonnya Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata misi jangka panjang itu dapat meringankan beban ramai penduduk yang tidak mampu membeli polisi insurans.

“Sebab itu kita perlu dapatkan kesihatan secara percuma. Kalau kita jadi kerajaan, saya beritahu untuk jangka masa panjang, untuk 15 tahun akan datang, selesai tak masalah kita? Insya-Allah selesai.

"Kita ‘stress free’, saya yakin rakyat tidak akan sakit lagi. Masalah selesai,” katanya ketika berucap pada ceramah kelompok di Bilik Gerakan Sungai Choh, Rawang.

Dr Sathia yang menjadi ahli parti sejak 2008 berdepan saingan tiga penjuru melibatkan penyandang tiga penggal yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui dan seorang lagi, Azizan Zakaria.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.