ad
AGENSI

Paras air laut cecah 4.74 meter petang ini, warga Klang diminta waspada

11 Nov 2022, 8:42 AM
Paras air laut cecah 4.74 meter petang ini, warga Klang diminta waspada
Paras air laut cecah 4.74 meter petang ini, warga Klang diminta waspada
Paras air laut cecah 4.74 meter petang ini, warga Klang diminta waspada

SHAH ALAM, 11 NOV: Penduduk sekitar Pelabuhan Klang dinasihat waspada berikutan paras air laut diramal berada pada paras 4.74 meter bermula 7.40 petang ini.

Pejabat Daerah/Tanah Klang menerusi Facebook meminta orang ramai melaporkan kejadian banjir ke talian perhubungan bencana Klang dalam kadar segera.

"Pusat Hidrogafi Nasional meramalkan paras air laut pada sebelah petang ini dijangka 4.74 meter bermula 7.40 malam di Pelabuhan Klang.

"Sentiasa bersedia dan peka dengan keadaan sekeliling. Laporkan sebarang kejadian bencana banjir di talian perhubungan bencana Daerah Klang," maklumnya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 7 petang ini.

Cuaca buruk sama diramal berlaku di beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.