ad
AGENDA

Calon HARAPAN Sepang gemar bermain biola, deklamasi sajak

11 Nov 2022, 6:49 AM
Calon HARAPAN Sepang gemar bermain biola, deklamasi sajak
Calon HARAPAN Sepang gemar bermain biola, deklamasi sajak
Calon HARAPAN Sepang gemar bermain biola, deklamasi sajak

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SEPANG, 11 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Sepang Aiman Athirah Sabu gemar memanfaatkan masa terluang dengan bermain biola.

Beliau mempelajari alat muzik itu bagi mengubat kerinduan kepada bapanya yang mahir bermain biola, apatah lagi muzik boleh mententeramkan emosi pemainnya.

"Dulu bila ayah main biola, saya lihat dan dengar sahaja tetapi tidak terfikir untuk belajar. Namun bila dia meninggal dunia, saya rasa rindu padanya dan bunyi gesekan biolanya.

“Jadi pada 2009, baru saya cari kelas dan belajar bermain biola sebagai salah satu cara saya mengubati rindu padanya selain mengisi masa lapang,” katanya.

[caption id="attachment_548852" align="alignright" width="245"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu ketika penamaan calon di Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi pada 5 November 2022. Foto BERNAMA[/caption]

Bercakap kepada Selangorkini, anak keempat daripada tujuh beradik itu juga mahir bermain piano dan kompang.

“Saya paling suka main kompang dan sering buat persembahan bersama kumpulan nasyid ketika di universiti dulu,” katanya.

Menjadikan Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad dan Datuk Seri A Samad Said sebagai idola, Aiman Athirah juga berkebolehan menulis dan mendeklamasi puisi.

“Datuk Shahnon antara antara guru (pensyarah) yang mengajar semasa saya di Universiti Sains Malaysia (USM). Dari situ, berkembang minat saya untuk teruskan bakat seni yang ada dalam diri.

“Apa yang saya rasakan selalunya diluahkan dalam puisi atau sajak. Itu juga salah satu cara saya mengurangkan tekanan,” katanya.

Berikut kegemaran lain Aiman Athirah:

Hobi: Membaca buku falsafah dan sastera

Filem: Genre aksi dan penyiasatan

Makanan: Semua jenis makanan laut

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.