ad
PBT

MPKj serbu kilang proses ayam kotor, keluar dua kompaun

10 Nov 2022, 8:29 AM
MPKj serbu kilang proses ayam kotor, keluar dua kompaun

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 10 NOV: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengeluarkan dua kompaun ke atas pemilik sebuah kilang memproses ayam di Semenyih pada Selasa.

Menerusi Facebook MPKj memaklumkan pihaknya turut menggantung sementara lesen kilang itu dan menurunkan penggredan premis tersebut kepada gred C.

"Oerasi pada Selasa lalu turut membabitkan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan Jabatan Alam Sekitar (Jas).

"Dua kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mengambil langkah pencegahan tikus, lalat dan serangga selain stor tidak diselenggara,"katanya.

Jelas MPKj, Jas melakukan sitaan ke atas mesin proses ayam dan beberapa sampel diambil untuk diuji, manakala Jais pula sedang meneliti semula sijil halal kilang tersebut serta syarikat kerjasama lain yang turut terlibat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.