ad
AGENDA

Calon HARAPAN Parlimen Shah Alam tidak kekok bergaul, dengar keluhan rakyat

10 Nov 2022, 4:54 AM
Calon HARAPAN Parlimen Shah Alam tidak kekok bergaul, dengar keluhan rakyat

SHAH ALAM, 10 NOV: Pengalaman sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuatkan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak kekok bertemu rakyat.

Azli Yusof yang bertanding di Parlimen Shah Alam berkata beliau akan terus mendekati penduduk untuk mendengar keluhan dan masalah mereka.

"Walaupun calon muka baharu, saya tidak kekok kerana rata-rata penduduk di sini kenal saya dan ini memberi peluang untuk mendengar masalah mereka.

"Saya yakin (menang) tetapi tetap akan bekerja keras dengan menyantuni seberapa ramai masyarakat agar mereka terus selesa," katanya kepada SelangorKini.

Azli yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor bersaing dengan Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional), Isham Jalil (Barisan Nasional) dan Rafique Rashid (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.