ad
BERITA UTAMA

Negeri peruntuk RM1.5 juta sedia 10,000 dos vaksin pneumokokal

10 Nov 2022, 1:15 AM
Negeri peruntuk RM1.5 juta sedia 10,000 dos vaksin pneumokokal

SHAH ALAM, 10 NOV: Kerajaan Negeri memperuntuk RM1.5 juta dalam menyediakan 10,000 dos vaksin pneumokokal secara percuma bagi memastikan kesihatan penduduk berisiko tinggi terpelihara.

Dato' Menteri Besar berkata fasa pertama program yang bermula pada 14 November sehingga 31 Disember ini menyasarkan rumah jagaan orang tua, warga emas dan pemegang kad Iltizam Selangor Sihat (ISS).

"Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira statistik penyakit jangkitan pernafasan yang meningkat dan mendatangkan risiko kepada penduduk terutama warga emas.

"Program ini akan dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu Selvax Mobile Team serta Klinik Selcare," kata Dato Seri Amirudin Shari pada sidang media khas semalam.

Tambah beliau inisiatif tersebut dijayakan Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Majlis Penasihat Kesihatan Awam Selangor (Selphac).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.