ad
AGENDA

Calon perjuang nasib wanita, kanak-kanak cicir pelajaran

9 Nov 2022, 1:55 PM
Calon perjuang nasib wanita, kanak-kanak cicir pelajaran
Calon perjuang nasib wanita, kanak-kanak cicir pelajaran
Calon perjuang nasib wanita, kanak-kanak cicir pelajaran

SEPANG, 9 NOV: Membela nasib wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan anak-anak tercicir pelajaran antara tumpuan Pakatan Harapan (HARAPAN) di Parlimen Sepang.

[caption id="attachment_548475" align="alignleft" width="273"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang Aiman Athirah. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Calon gabungan itu Aiman Athirah Sabu memaklumkan usaha tersebut akan diperinci jika diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 19 November.

"Hanya wanita yang memahami keperluan wanita dan jika bukan saya yang lakukan siapa lagi? Saya akan umum inisiatif untuk wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga yang susah mendapat bantuan.

"Tidak lupa dan anak-anak miskin yang pelajarannya terkandas dalam peperiksaan akibat tidak mampu membayar yuran," katanya ditemui selepas lawatan berjalan kaki di beberapa lokasi di sini hari ini.

Aiman Athirah yang mempertahan kerusi dimenangi HARAPAN sejak 2013 dicabar bekas Menteri Pmbangunan Wanita Datuk Seri Rina Harun (Perikatan Nasional) dalam saingan lapan penjuru.

[caption id="attachment_548477" align="aligncenter" width="500"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu beramah mesra bersama golongan muda ketika berkempen di Jenderam Hilir, Sepang pada 9 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.