ad
AGENDA

Calon ziarah warga emas, pengundi uzur di Meru

9 Nov 2022, 9:24 AM
Calon ziarah warga emas, pengundi uzur di Meru
Calon ziarah warga emas, pengundi uzur di Meru

OLEH ABDUL RAHIM SABRI

SHAH ALAM, 9 NOV: Calon HARAPAN Parlimen Kapar menziarahi warga emas serta pengundi uzur di dua kampung di Meru semalam.

Dalam program Ziarah Kasih di Kampung Bukit Cerakah dan Kampung Budiman itu, Datuk Abdullah Sani bertanyakan khabar selain menyampaikan bantuan makanan.

Penduduk menghargai lawatan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN dan bekas pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) itu.

Salisah Leman, 63, berterima kasih kepada Abdullah yang sudi menziarahi suaminya Mat Zahir Ramli yang terlantar selama 11 tahun akibat strok.

Menurutnya, suaminya yang berusia 65 tahun memerlukan bantuan susu khas kerana hanya makanan itu bersesuaian dengannya.

"Satu tin boleh bertahan lima hari," katanya yang menetap bersama ibunya berusia 94 tahun di Kampung Bukit Cerakah.

[caption id="attachment_548403" align="aligncenter" width="706"] Calon HARAPAN Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani beramah mesra bersama peniaga di pasar malam Jalan Iskandar pada 8 November 2022. Foto ABDUL RAHIM SABRI/SELANGORKINI[/caption]

 

Program Ziarah Kasih itu adalah salah satu daripada 14 program yang disusun sepanjang kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Selain itu, dalam jadualnya Abdullah menunaikan solat fardu berjemaah di 26 masjid dan surau dalam parlimen itu sambil menyantuni jemaah.

Mengenai maklum balas pengundi sepanjang empat hari berkempen, Abdullah berkata beliau sudah berkempen sejak empat tahun lalu.

"Saya berkempen sudah empat tahun. Cuma saya nak 'refresh' (mengingatkan) pengundi yang telah saya berikan (khidmat) kepada mereka.

"(Kempen) Ini adalah penyucian, bilasan terakhir. Jadi tak adalah masalah. Penerimaan secara konsisten jelas pada wajah mereka," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.