ad
AGENDA

Penduduk Sungai Buloh nampak kemajuan bawah HARAPAN, bukan BN (VIDEO)

8 Nov 2022, 9:31 AM
Penduduk Sungai Buloh nampak kemajuan bawah HARAPAN, bukan BN (VIDEO)

SHAH ALAM, 8 NOV: Banyak perubahan dan kemajuan dirasai penduduk Sungai Buloh bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) sejak 2008 berbanding semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Pengundi S Arenasam, 74, berkata gabungan itu juga diyakini mampu memberikan yang terbaik jika diberi peluang sekali lagi di Parlimen itu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

"Sudah lama bawah BN kurang pembangunan tetapi apabila HARAPAN masuk, ada perubahan. Pada saya HARAPAN kurang masa, jika beri masa pasti banyak perubahan," katanya.

Tiga dekad menetap di kawasan itu, beliau turut berharap wakil rakyat dapat membina laluan khas di bahu jalan bagi kemudahan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Dalam pilihan raya kali ini, HARAPAN diwakili Datuk R Ramanan berdepan pencabar terkuat bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (Barisan Nasional) dalam persaingan tujuh penjuru.

https://twitter.com/AsriSapfie/status/1589875292998602753?s=20&t=vEkxzOln8zlqA0yCPsSPSw

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.