ad
AGENSI

Peluang saksi gerhana bulan penuh di Selangor, Sabah petang ini

8 Nov 2022, 2:38 AM
Peluang saksi gerhana bulan penuh di Selangor, Sabah petang ini
Peluang saksi gerhana bulan penuh di Selangor, Sabah petang ini

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 8 NOV: Umat Islam berpeluang menyaksikan gerhana bulan penuh di laman Facebook Jabatan Mufti Selangor bermula pukul 5 petang ini.

Agensi kerajaan itu berkata fenomena berkenaan dapat dilihat apabila bulan mula terbit di ufuk timur bermula pukul 6.58 petang.

Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang umbra bumi.

"Dalam keadaan itu bumi berada di antara bulan dan matahari dalam kedudukan segaris," katanya menerusi Facebook hari ini.

Sehubungan itu katanya Bahagian Falak, Jabatan Mufti Selangor menganjurkan program secara atas talian di dua lokasi iaitu di Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam dan Tanjung Labian, Lahad Datu, Sabah.

[caption id="attachment_548130" align="alignnone" width="500"] Foto Facebook Jabatan Mufti Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.