ad
AGENDA

Mahu bangun semula rumah pangsa lama, pastikan penduduk Shah Alam selesa

7 Nov 2022, 10:27 AM
Mahu bangun semula rumah pangsa lama, pastikan penduduk Shah Alam selesa

SHAH ALAM, 7 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Shah Alam berhasrat membangunkan semula rumah pangsa PKNS di Seksyen 16 di sini sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-15.

Azli Yusof berkata inisiatif berkenaan bertujuan memberi keselesaan kepada penghuni kediaman berusia hampir 60 tahun itu seiring dengan kemajuan bandar raya Shah Alam.

"Mungkin ada akta yang perlu diperbaharui bagi pembangunan semula, insya-Allah kita akan cuba berusaha sedaya upaya untuk memberi kediaman yang lebih kondusif dan urban kepada mereka," katanya ketika ditemui hari ini.

Azli juga akan meneliti kediaman penduduk di beberapa lagi kawasan seperti Padang Jawa dan Kampung Kebun Bunga untuk dibangunkan semula.

Sebelum ini, Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi turut mencadangkan flat berkenaan diberi nafas baharu secara menyeluruh dan bukan hanya pembaikan kecil atau luaran sahaja.

Graduan Pengurusan Kejuruteraan dari University of Missouri-Rolla, Amerika Syarikat itu bersaing dengan Hizatul Isham Abdul Jalil (BN), Dr Afif Bahardin (PN) dan Muhammad Rafique Rashid (Pejuang).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.