ad
AGENSI

Dapatkan barangan asas murah di jualan PKPS sembilan lokasi esok

7 Nov 2022, 9:33 AM
Dapatkan barangan asas murah di jualan PKPS sembilan lokasi esok
Dapatkan barangan asas murah di jualan PKPS sembilan lokasi esok

SHAH ALAM, 7 NOV: Bagi menjimatkan belanja dapur, orang ramai berpeluang mendapatkan bekalan barangan asas yang lebih murah esok, mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari, di sembilan tempat.

Jelajah Ehsan Rakyat diadakan di Pekan Parit 13, Sungai Panjang (DUN Sungai Panjang); Pantai Remis, MPKK Kampung Sembilan (Jeram); Flat Selayang Sejati (Sungai Tua); tapak Pasar malam Taman Selaseh Fasa 1 (Gombak Setia) dan Taman Melawati GEC (Hulu Kelang).

Lokasi lain, Basketball Court, Jalan Youth, Kampung Baru Ampang (Bukit Antarabangsa); Seksyen 5, Bandar Rinching dan Bandar Teknologi Kajang (Semenyih) serta Jalan Pandan Indah 6/1 (depan Pandan Puteri/Dahlia Court) di DUN Pandan Indah.

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Maklumat lokasi Jelajah Ehsan Rakyat juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.