ad
AGENDA

Altimet: Pengalaman jadi EXCO bantu Rodziah atasi isu perumahan di Ampang

7 Nov 2022, 2:00 AM
Altimet: Pengalaman jadi EXCO bantu Rodziah atasi isu perumahan di Ampang
Altimet: Pengalaman jadi EXCO bantu Rodziah atasi isu perumahan di Ampang

OLEH SHAMZ JOHAN

AMPANG, 7 NOV: Penyanyi terkenal Altimet yakin pengalaman calon kerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Ampang Rodziah Ismail sebagai EXCO negeri mampu menyelesaikan isu perumahan.

Justeru, beliau menyifatkan pemilihan pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan itu sebagai calon langkah tepat.

“Ampang kawasan yang padat, jadi isu berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan timbul (masalah).

[caption id="attachment_547987" align="alignleft" width="360"] Ketua KEADILAN Cabang Ampang Syed Ahmad Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet). Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Saya harap Ampang dapat ahli parlimen yang sesuai, saya yakin orang itu adalah Rodziah,” kata komposer dan penulis lirik itu ketika ditemui selepas proses penamaan calon selesai, Sabtu lalu.

Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 44, adalah pencadang untuk pencalonan Rodziah manakala Dato' Gerald Hans Isaac selaku penyokong.

Rodziah berdepan saingan sembilan penjuru membabitkan penyandang Datuk Zuraida Kamarudin (Parti Bangsa Malaysia), Ivone Low Yi Wen (Barisan Nasional), Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang), Bryan Lai Wai Chong (Warisan) dan Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatan Nasional).

Calon Bebas ialah M Raveendran, Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos dan Tan Hua Meng.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.