ad
AGENDA

Calon HARAPAN bertembung lawan dalam kempen di Kuala Langat

6 Nov 2022, 2:56 PM
Calon HARAPAN bertembung lawan dalam kempen di Kuala Langat
Calon HARAPAN bertembung lawan dalam kempen di Kuala Langat

KUALA LANGAT, 6 NOV: Kempen calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kuala Langat penuh harmoni meski bertembung calon Barisan Nasional (BN).

G Manivanan kelihatan tidak kekok bertembung M Mohana dalam upacara pecah tanah bagi membina tokong di Tokong Pak Mak Law See Kona, Pantai Morib.

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyambut mesra calon dari MIC itu sebelum kedua-duanya bersalaman.

“Saya tidak boleh meminta Mohana undi saya kerana beliau bukan pengundi sini,” kata Manivanan dalam nada seloroh.

[caption id="attachment_547967" align="alignleft" width="500"] Calon HARAPAN Parlimen Kuala Langat G Manivanan (baju putih) bersalaman dengan calon BN M Mohana dalam upacara pecah tanah membina tokong Tokong Pak Mak Law See Kona, Pantai Morib pada 6 November 2022. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, beliau ke program gempur denggi di Taman Rambai Indah dan bertemu Persatuan Yang di Kampung Baru Sungai Jarom, Jenjarom.

Manivanan memaklumkan beliau menerima maklum balas baik daripada semua golongan termasuk belia biarpun kempen baru bermula.

“Namun, perhatian perlu diberi khusus kepada golongan belia kerana masih ada segelintir mereka menunjukkan kurang berminat untuk turun mengundi,” katanya yang berdepan saingan enam penjuru di kerusi itu.

Selain Mohana, Manivaran berdepan Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dari Perikatan Nasional, Mohd Ridzuan Abdullah (Pejuang), Ganeskumar (Parti Rakyat Malaysia) dan Zanariah Jumhuri (Bebas).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.