ad
AGENDA

Calon seru orang ramai keluar mengundi, jangan jadi macam Sri Lanka

6 Nov 2022, 12:00 PM
Calon seru orang ramai keluar mengundi, jangan jadi macam Sri Lanka

Oleh ABDUL RAHIM SABRI

KLANG, 6 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mengingatkan pengundi supaya menunaikan tanggungjawab jika tidak mahu nasib negara ini menjadi seperti Sri Lanka.

Penyandang kerusi itu menolak dakwaan kononnya orang ramai tidak berbuat demikian hanya kerana Dewan Negeri Selangor tidak dibubar tidak benar sama sekali.

“Kalau nak jadi seperti Sri Lanka, tak payah keluar mengundilah. Kalau nak tengok anak cucu derita dan sengsara, tak payah mengundilah.

“Sewaktu kuasa diberi untuk mengundi, ia wajib dan tiada kompromi,” katanya yang berdepan saingan tujuh penjuru pada pilihan raya ke-15.

Sri Lanka berdepan situasi kecemasan sejak April apabila protes besar-besaran pelbagai pihak menentang dan mengkritik kaedah kerajaannya menangani ekonomi mereka.

Matawang Sri Lanka merudum selepas kejatuhan sumber ekonomi utamanya iaitu industri pelancongan, selain bebanan hutang sekali gus mengheret sekitar 22 juta rakyatnya bergelut

Abdullah menegaskan tanggungjawab mengundi wajib dan tiada kompromi supaya rakyat dapat memilih pemimpin yang mampu menyelesaikan masalah kos sara hidup selain isu pengangguran dan kejatuhan ringgit.

Beliau dicabar Dr Halimah Ali dari Perikatan Nasional, Dr Daroyah Alwi (Parti Bangsa Malaysia), Muhammad Noor Azman (BN); Datuk Seri Rahim Awang (Warisan), Mohd Pathan Husin (Pejuang) dan Datuk Sri Sevelingam (Bebas).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.