ad
AGENDA

KKM tidak pernah peraku produk, makanan gantikan ubat

6 Nov 2022, 10:27 AM
KKM tidak pernah peraku produk, makanan gantikan ubat

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan pihaknya tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubat-ubatan.

KKM menerusi Facebooknya hari ini memaklumkan, ia termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa oleh sebuah portal baru-baru ini.

Menurut KKM tindakan itu tidak bertanggungjawab dan gambar yang digunakan telah diubah suai daripada laman sesawang portal http://myhealth.gov.my bagi tujuan mengelirukan orang awam.

“KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan dan portal yang tidak diketahui kesahihannya,” katanya.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.