ad
AGENDA

Jentera giat pertahan Sungai Buloh, HARAPAN yakin menang

6 Nov 2022, 10:00 AM
Jentera giat pertahan Sungai Buloh, HARAPAN yakin menang
Jentera giat pertahan Sungai Buloh, HARAPAN yakin menang

Oleh NASUHA BADRUL HUZAINI

SHAH ALAM. 6 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Sungai Buloh yakin mampu mempertahan kerusi yang dimenangi gabungan itu pada 2018 meski berdepan saingan daripada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Datuk R Ramanan menyifatkan kerusi itu kubu kuat HARAPAN, lebih-lebihnya lagi dua jentera dari dua Dewan Undangan Negeri sedia membantu sepanjang kempen.

Beliau menambah jentera kempen telah bersedia dengan sokongan pasukan daripada dua wakil rakyat dari Bukit Lanjan dan Kota Damansara, kedua-duanya dalam parlimen itu.

"Sungai Buloh adalah kubu kuat kami, jadi kami memang yakin boleh mempertahan kerusi ini. Saya setuju dengan Khairy, dia 'underdog' di lapangan tetapi dari segi sosial media, sayalah underdog," katanya selepas  menyerahkan borang penamaan calon di Dewan Kenanga, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di sini, semalam.

Selain Khairy dari Barisan Nasional, Ramanan berdepan saingan Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional), Mohd Akmal Mohd Yusof (Gerakan Tanah Air), Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia) dan dua calon Bebas Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff dan Nurhaslinda Basri.

[caption id="attachment_547887" align="aligncenter" width="760"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Buloh R Ramanan (tiga, kanan) beramah mesra bersama penduduk ketika menghadiri majlis Makan Malam Amal Deepavali 2022 di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada 5 November 2022. Foto Facebook Ramanan Ramakrishnan DR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.