ad
PBT

MPKj sedia kaunter bergerak permudah penduduk bayar cukai taksiran

5 Nov 2022, 3:38 AM
MPKj sedia kaunter bergerak permudah penduduk bayar cukai taksiran

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 5 NOV: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyediakan kaunter bergerak bagi memudahkan orang ramai menyemak dan membayar cukai taksiran kediaman serta premis.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan kaunter tersebut ditempatkan di hadapan premis 99 Speedmart Pangsapuri Vista Bangi esok.

Menurutnya, penduduk setempat boleh menikmati perkhidmatan pada hujung minggu itu bermula 10 pagi hingga 4 petang.

"Jom kita laksanakan tanggungjawab membuat semakan dan bayaran di kaunter bergerak. Ahli majlis Majlis Perwakilan Penduduk Zon 18 akan turut bersama dalam program ini," katanya menerusi Facebook hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.