ad
AGENDA

Penamaan calon: Enam jalan di Shah Alam ditutup mulai malam ini

4 Nov 2022, 9:37 AM
Penamaan calon: Enam jalan di Shah Alam ditutup mulai malam ini

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 4 NOV: Enam jalan sekitar pusat penamaan calon pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Shah Alam dan Kota Raja ditutup bermula malam ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata penutupan dari 10 malam hingga 5 petang esok bagi acara di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19.

"Jalan yang ditutup bermula Persiaran Jubli Perak dari arah bulatan menghala Bulatan Megawati, Jalan Gelora 19/46, Jalan Nelayan A 19/A dan Jalan Nelayan 19/B," katanya dalam kenyataan.

Bagi Parlimen Kota Raja, acara diadakan di Dewan MBSA Seksyen 32 dan laluan yang ditutup iaitu Jalan Sungai Terap 32/173 dan Jalan Kemuning Damai 32/151.

Pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif dan penduduk setempat dinasihati mematuhi arahan pegawai bertugas di lokasi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.