ad
PBT

Sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas ringankan beban penduduk

4 Nov 2022, 9:32 AM
Sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas ringankan beban penduduk

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 4 NOV: Seramai 15 penduduk kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menerima sumbangan wang tunai RM200 beserta barangan keperluan asas.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata sumbangan sempena program keprihatinan ziarah rumah ke rumah disampaikan Datuk Bandar MBSJ Dato' Johary Anuar.

Penerima tersebut membabitkan wakil daripada setiap Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MBSJ.

"Datuk Bandar MBSJ sempat meluangkan masa menyantuni beberapa keluarga dan menyampaikan sumbangan program itu di pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya," katanya menerusi Facebook hari ini.

Sumbangan kepada penerima itu dapat meringankan beban mereka.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.