ad
AGENSI

i-Bisnes skim niaga pilihan utama usahawan, tawar faedah rendah

3 Nov 2022, 12:22 AM
i-Bisnes skim niaga pilihan utama usahawan, tawar faedah rendah
i-Bisnes skim niaga pilihan utama usahawan, tawar faedah rendah

SHAH ALAM, 3 NOV: i-Bisnes antara skim pembiayaan perniagaan diperkenal Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) paling mendapat sambutan dalam kalangan usahawan negeri ini berikutan kadar faedah ditawar rendah.

Tanpa memperincikan bilangan pemohon, eksekutif promosinya berkata faedah bagi pembiayaan bawah RM30,000 serendah empat peratus, manakala RM31,000 hingga RM50,000 (lapan peratus).

“Kita mengakui ramai usahawan berminat dengan skim ini kerana ia terbuka kepada semua sektor perniagaan dan kaum, apatah lagi pinjaman diberi dalam bentuk kewangan.

“Usahawan lebih memilih pinjaman wang untuk melebarkan perniagaan mereka berbanding peralatan,” kata Muhammad Ihsan Mohammad Rosdi Kamal ketika dihubungi.

Beliau juga mempelawa lebih ramai usahawan Selangor merebut peluang memohon skim pembiayaan tersebut yang dibuka sepanjang masa.

“Ini kerana setiap cawangan Hijrah mempunyai sasaran masing-masing dengan perlu menghabiskan pembiayaan RM8 juta,” katanya.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk RM120 juta khusus untuk pembiayaan kepada usahawan selain mewujudkan skim baharu di bawah Hijrah yang menyediakan pinjaman sehingga RM100,000.

Skim baharu berkenaan adalah i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim yang kesemuanya berfungsi memperkasa usahawan negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.