ad
AGENDA

HARAPAN tampil 22 calon wibawa, berpengalaman di Selangor

2 Nov 2022, 4:52 PM
HARAPAN tampil 22 calon wibawa, berpengalaman di Selangor
HARAPAN tampil 22 calon wibawa, berpengalaman di Selangor
HARAPAN tampil 22 calon wibawa, berpengalaman di Selangor

SHAH ALAM, 3 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor menampilkan 22 calon berwibawa lagi berpengalaman dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sesi pengenalan calon dibuat Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini sambil disambut sorakan penyokong.

Amirudin yang juga calon Parlimen Gombak berkata semua calon menggalas tanggungjawab penting untuk memenangi kerusi yang ditandingi seterusnya menguasai Putrajaya.

[caption id="attachment_547347" align="aligncenter" width="735"] Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Pengenalan Calon Parlimen HARAPAN Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 2 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Saya percaya ini satu tugas dan amanah penting (calon HARAPAN) di Selangor untuk sumbang 22 kerusi Parlimen dalam usaha kembali ke tangga dan pintu Putrajaya.

“Sebab itu kita menampilkan calon-calon berkaliber, berpengalaman, baharu dan bersemangat,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Gobind Singh Deo dan Setiausaha HARAPAN Selangor Mohd Khairuddin Othman.

[caption id="attachment_547346" align="aligncenter" width="746"] Penyokong HARAPAN Selangor melaungkan slogan 'Kita Boleh' ketika majlis Pengenalan Calon Parlimen HARAPAN Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 2 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar berkata HARAPAN mencalonkan pemimpin pelbagai latar belakang yang berupaya memenangi hati pengundi seterusnya menyaingi parti lawan.

“Kita ada (calon) memiliki latar belakang daripada seorang pejuang politik yang sekian lama kepada aktivis jalanan termasuk tokoh korporat,” katanya.

Berikut senarai 22 calon HARAPAN di Selangor:

Sabak Bernam - Shamsul Maarif Ismail

Sungai Besar - Saipolyazan Mat Yusop

Hulu Selangor - Dr Sathia Prakash Nadarajan

Tanjong Karang - Siti Rahaya Baharin

Kuala Selangor - Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Selayang - William Leong

Gombak - Dato' Seri Amirudin Shari

Ampang - Rodziah Ismail

Pandan - Rafizi Ramli

Hulu Langat - Mohd Sany Hamzan

Bangi - Syahredzan Johan

Puchong - Yeo Bee Yin

Subang - Wong Chen

Petaling Jaya - Lee Chean Chung

Damansara - Gobind Singh Deo

Sungai Buloh - Datuk R. Ramanan

Shah Alam - Azli Yusof

Kapar - Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid

Klang - V. Ganabatirau

Kota Raja - Mohamad Sabu

Kuala Langat - G. Manivanan

Sepang - Aiman Athirah

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.