ad
AGENSI

Tujuh jalan utama di DUN Kinrara disenggara, siap Disember ini

2 Nov 2022, 7:51 AM
Tujuh jalan utama di DUN Kinrara disenggara, siap Disember ini
Tujuh jalan utama di DUN Kinrara disenggara, siap Disember ini

SHAH ALAM, 2 NOV: Tujuh jalan utama sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara diselenggara secara berperingkat mulai Oktober hingga hujung tahun ini.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han memaklumkan projek turapan jalan bernilai RM6.3 juta menggunakan dana Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).

"Kerja turapan dijangka selesai tahun ini. Bagi jalan melibatkan pemasangan paip Langat 2, turapan penuh akan dibuat selepas projek pemasangan paip di tapak selesai," katanya di Facebook.

Berdasarkan jadual yang dikongsi, projek yang bermula serentak pada 13 Oktober lalu mengambil masa sekitar sebulan untuk disiapkan.

Butiran lanjut seperti berikut:

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.