ad
AGENDA

Bayi baru lahir ditemui dalam kotak di hentian bas

31 Okt 2022, 12:50 PM
Bayi baru lahir ditemui dalam kotak di hentian bas

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Seorang bayi lelaki cukup sifat dan baru dilahirkan, ditemukan di dalam kotak di sebuah hentian bas berhadap sebuah pangsapuri di Jalan SB Indah 2, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A Anbalagan, berkata bayi yang hanya dibaluti sehelai kain itu ditemukan seorang lelaki tempatan dan pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu pada jam 9.25 pagi.

“Bayi lelaki berkenaan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata usaha untuk mengesan saksi melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran sedang giat dijalankan.

Katanya,  kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.