ad
PBT

MPK wujud garis panduan pusat ternak, sembelih dan transit haiwan

31 Okt 2022, 7:25 AM
MPK wujud garis panduan pusat ternak, sembelih dan transit haiwan

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

KLANG, 31 OKT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mewujudkan garis panduan bagi perancangan pusat penternakan, penyembelihan dan transit haiwan.

Yang dipertuanya berkata peraturan yang diguna pakai mulai esok bagi membantu pengusaha beroperasi mengikut syarat pembangunan selain menjaga alam sekitar.

"Kita sediakan garis panduan ini bagi mengawal aktiviti berkaitan supaya ia dijalankan mengikut syarat sekali gus mengelak kejadian kacau ganggu dan sebagainya.

"Bila tiada garis panduan sukar untuk kita tentukan perkara yang perlu diambil tindakan jadi MPK ambil inisiatif ini bagi memudah cara urusan berkaitan," kata Noraini Roslan.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat penuh MPK Bil.10/2022 hari ini.

Garis panduan itu turut merangkumi aktiviti yang dikecualikan daripada keperluan mengemukakan kebenaran merancang membabitkan penternakan unggas, kambing, rusa dan lembu.

Selain itu, ia juga menetapkan mengenai status guna tanah dan pemilikan, saiz kandang dan haiwan selain tatacara pengurusan sisa pepejal.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.