ad
AGENSI

Jais anjur nikah beramai-ramai, bayaran serendah RM1,000

31 Okt 2022, 4:17 AM
Jais anjur nikah beramai-ramai, bayaran serendah RM1,000

SHAH ALAM, 31 OKT: Seramai 10 pasangan menyertai program pernikahan beramai-ramai, Aqdun Mubarak di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong pada 22 Oktober lepas.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata program anjuran bersama Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) dan Pejabat Agama Islam Daerah menyediakan bayaran serendah RM1,000.

"Pasangan pengantin akan menerima surat perakuan nikah dan kad perakuan nikah seusai sebelum majlis berakhir selain bayaran percuma bagi urusan nikah dan kedua-dua dokumen sokongan itu.

"Keistimewaan lain yang diperolehi adalah set photobooth, fotografi, kek, goodies, santapan barakah, jamuan tetamu dan cenderahati pengantin," katanya menerusi Facebook.

Jelas Jais antara objektif program adalah meningkatkan kefahaman peserta dan masyarakat mengenai konsep majlis pernikahan dan walimatul urus berlandaskan syarak.

"Program ini merupakan himpunan dua acara besar iaitu program perkahwinan beramai-ramai dan juga majlis walimatul urus, katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.