ad
AGENDA

Penuntut institusi KPM dapat pelepasan mengundi mulai 17 hingga 24 November

28 Okt 2022, 11:14 AM
Penuntut institusi KPM dapat pelepasan mengundi mulai 17 hingga 24 November

KUALA LUMPUR, 28 OKT: Pelajar Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan Tingkatan Enam diberi pelepasan pada 17 hingga 21 November ini untuk pulang mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketetapan itu selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari pengundian PRU15 pada 19 November.

“Tempoh pelepasan yang diberikan ini adalah bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing,” menurut kenyataan itu.

KPM turut memaklumkan ketetapan itu juga sebagai tanda sokongan terhadap pelaksanaan Undi 18 yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 1 Disember 2021 dan berkuat kuasa mulai 15 Disember tahun sama.

Semua kelas atau aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.