ad
AGENDA

Belanjawan dibentang 25 November, sidang Dewan Negeri bermula 23 November

28 Okt 2022, 5:31 AM
Belanjawan dibentang 25 November, sidang Dewan Negeri bermula 23 November

SHAH ALAM, 28 OKT: Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang ditangguh sebelum ini dijadual bermula 23 November, termasuk Belanjawan Selangor 2023 yang dibentangkan dua hari kemudian.

Dalam surat pemberitahuan, Pejabat DNS memaklumkan dewan dijadual bersidang hingga 6 Disember, manakala belanjawan dibentang pada 25 November.

Disiar secara langsung melalui portal https://selangortv.my/, pembentangan belanjawan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada jam 3 petang.

Sebarang maklumat terkini mengenai persidangan dewan akan dihebahkan melalui laman web http://dewan.selangor.gov.my/dari semasa ke semasa.

Pada 20 Oktober, Pejabat DNS memaklumkan sidang yang dirancang bermula 28 Oktober, dengan pembentangan belanjawan, hingga 10 November ditangguh bagi memberi laluan kepada proses pilihan raya umum ke-15.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.