ad
AGENDA

Mangsa banjir Melaka di tiga pusat pemindahan naik kepada 179 orang

27 Okt 2022, 2:01 PM
Mangsa banjir Melaka di tiga pusat pemindahan naik kepada 179 orang

MELAKA, 27 OKT: Mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah terus meningkat kepada 179 orang daripada 53 keluarga berbanding 76 mangsa daripada 28 keluarga, petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka Kamarulsyah Muslim dalam kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan yang diaktifkan pada 1.45 tengah hari tadi, kini menempatkan 101 mangsa dari 24 keluarga.

Seramai 42 mangsa dari 20 keluarga pula berlindung di PPS Balai Raya Kampung Gadek manakala 36 lagi mangsa dari sembilan keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar.

"Ketiga-tiga PPS tersebut diaktifkan selepas enam kawasan iaitu Kampung Tanjong Rimau, Kampung Gadek, Kampung Nelayan Kuala Linggi, Kampung Sungai Siput, Pengkalan dan Taman Sri Bayu 2 dinaiki air selepas hujan lebat berterusan sejak kira-kira 3.30 petang tadi yang menyebabkan limpahan air Sungai Tampin,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.