ad
AGENDA

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat

27 Okt 2022, 6:43 AM
Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat

SHAH ALAM, 27 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.