ad
AGENDA

Selangor sediakan kemudahan infrastruktur pastikan rakyat hidup selesa

26 Okt 2022, 11:43 PM
Selangor sediakan kemudahan infrastruktur pastikan rakyat hidup selesa

KUALA SELANGOR, 27 OKT: Pentadbiran negeri tidak hanya fokus kepada kebajikan rakyat semata sebaliknya turut menyediakan kemudahan infrastruktur demi kehidupan lebih selesa.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya membangunkan pelbagai kemudahan antaranya lampu jalan, pembinaan hospital dan bangunan kerajaan supaya nasib rakyat lebih terbela.

“Terbaharu kita wujudkan Skim Insurans Am Selangor (INSAN) tetapi ini bukanlah satu-satunya skim bantuan disediakan. Kita ada 44 lagi insentif menerusi Iltizam Selangor Penyayang.

“Dari zaman Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin (Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali) kita sediakan banyak insentif. Sekarang kita ada lebih 40 pakej untuk bantu rakyat,” katanya berucap di Jelajah Mega Harapan Selangor di sini malam tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri juga berkata kepemimpinannya turut melangkaui tugasan rasmi Kerajaan Negeri dengan membantu naik taraf sekolah kebangsaan.

“Tahun ini kita peruntuk lebih RM26.5 juta untuk bantu sekolah renda agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil.

“Kita dapati sekolah kebangsaan juga ada yang daif dan buruk. Jadi kita lebihkan RM2 juta hingga RM3 juta untuk bantu,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.