ad
AGENSI

Yide anjur simposium tingkat jati diri 300 anak yatim

26 Okt 2022, 4:06 AM
Yide anjur simposium tingkat jati diri 300 anak yatim

SHAH ALAM, 25 OKT: Seramai 300 anak yatim menyertai simposium anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri di sini, semalam.

Agensi itu memaklumkan, program berkenaan adalah sebahagian dari kempen bulan anak yatim sempena Rabiulawal bagi memperingati peristiwa penting kelahiran Nabi Muhammad SAW.

"Sempena Rabiulawal yang dinamakan bulan anak yatim, Yide mengumpulkan 300 orang anak yatim melibatkan 22 rumah kebajikan seliaan kami selain turut disertai anak yatim sekitar Klang dan Petaling," katanya di Facebook.

Menurut agensi itu, simposium berkenaan mengetengahkan beberapa topik perbincangan termasuklah isu vandalisme, seksualisme selain berkongsi informasi berkenaan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara dan ceramah pembinaan watak dan kerjaya.

Sementara itu, Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah ketika berucap merasmikan majlis penutup  memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa tekad menjaga hal ehwal anak yatim dan akan meneruskan program seumpama itu ketika cuti persekolahan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.