ad
AGENSI

Peluang 50 ibu sertai bengkel asuh anak percuma di Pustaka Raja Tun Uda esok

26 Okt 2022, 3:19 AM
Peluang 50 ibu sertai bengkel asuh anak percuma di Pustaka Raja Tun Uda esok
Peluang 50 ibu sertai bengkel asuh anak percuma di Pustaka Raja Tun Uda esok

SHAH ALAM, 26 OKT: Golongan wanita berpeluang mengikuti bengkel Wanita Cakna Anak secara percuma anjuran Persatuan Taska Negeri Selangor dengan kerjasama Pustaka Raja Tun Uda, esok.

Terhad kepada 50 tempat, bengkel yang dijadual berlangsung di aras empat Pustaka Raja Tun Uda di sini bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

"Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan anak-anak serta meningkatkan pengetahuan para ibu dan bakal ibu mengenai penjagaan dan pengasuhan awal kanak-kanak.

"Penyertaan terbuka kepada semua dan percuma. Terhad kepada 50 tempat duduk sahaja," maklum Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di Facebook.

Mereka berminat boleh menghubungi Norafidah di talian 03-5519 7667 sambungan 1319.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.